Search This Blog

Tuesday, June 7, 2011

Mimpi Patah Gigi


Aku nak ceritakan tentang mimpi ngeri. Mimpi ni dah lama berlaku. Berlaku masa bulan lepas jugak la. Huih, patah gigi tu. Ingat aku pun tak terkejut? Aku dah acap kali dengar mimpi pasal ni. Bile aku terkena kat aku mimpi ni, aku rasa takut sangat2. Yela, bukankah orang tua-tua pernah menyebut:

"Kalau mimpi patah gigi belah atas, maknanya ada orang atas kita yang terdekat akan meninggal dunia. Kalau mimpi patah gigi belah bawah, maknanya ada orang bawah kita yang terdekat akan meninggal dunia."

Selepas aku bangun tu, aku mamai-mamai la sekejap. Aku tak ingat lagi mimpi tu. Pastu bila dah fresh, baru aku teringat pasal mimpi ni. Terus aku bukak website tentang tafsiran mimpi. Bile aku dengar tafsiran mengenai mimpi patah gigi ni, hati aku bagaikan disentap. Huuuu~ Terkejut aku bacanya Aku tak percaya jugak. Aku teruskan jugak dengan mencari blog-blog pasal ni. Ternyata, hampir semua blog mengatakan mimpi tersebut adalah betul dan mereka pernah kehilangan orang yang terdekat selepas dapat mimpi tu. Apalagi aku, terus bagitaw kat mak aku. Mak aku cakap la, "Nauzubillah la jangan kena kat family kita"

Aku makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah-basah. Huhu, terkejut punya pasal. Aku pun dengar-dengar jugak, kalau terlalu mempercayai mimpi ni dikhuatiri akan menjadi Syirik. Berdosa yang sangat besar.

"Nak percaya tafsiran mimpi dan blog-blog pasal patah gigi tu atau nak percaya Qada' dan Qadar Allah?"

Terpaksa atau rela, aku kena tepiskan jugak pasal tafsiran mimpi tu. Jangan terlalu mempercayainya. Ajal dan maut sahaja di tangan Allah. Tak perlu takut sampai menyusahkan diri. Hati aku tak tenang bila fikirkan hal ni. Terus aku bacakan yassin. Moga-moga family aku, saudara-saudara aku, kawan-kawan aku tidak pergi dulu. Kalau la boleh, ambillah nyawa aku dulu. Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang pergi dahulu.

"Hish! Apa aku merepek ni? Tak baik la cakap macam tu."

Buat tatapan blogger-blogger sekalian, alhamdulillah family aku still semua ada lagi sampai sekarang. Kita jangan terlalu taksub mimpi-mimpi orang dulu-dulu atau sekarang. Jangan risau. Dengan doa insya Allah akan diperkenankan. Toksah dok percaya semua tu. Selagi mereka semua hidup, banyak-banyakkan lah amalan baik dan doa supaya dipanjangkan umur.

Amin!


(Selalu-selalu la gosok gigi. Gigi sihat, mulut sihat, hati pun senang :D)


P/S: Aku mimpi gigi belah bawah aku patah. Sakit (dalam mimpi jer) tau tak! Wuuuuu~

16 comments:

  1. hey hey.. red ada nasihat.. tapi nak huraikan terlalu panjang. apa kata nurul baca kat link ni. entri agak panjang. tapi tak bosan.

    http://keretamayat.blogspot.com/2011/05/menafsir-mimpi.html

    ReplyDelete
  2. eyh2..sy bru je kene mmpi tu last nite..n sy pon cek jgak psl mmpi gg ptah..buat takot jer..

    ReplyDelete
  3. baru lepas mimpi malam tadik.. pastuh bila terjaga dengar sayup bunyi azan ke bunyi org baca al-quran kat surau... adoiii... takutlah jugakk.. 3 btang lak tuh patahnye.

    ReplyDelete
  4. mimpi hnya main tidur ,tak perlu percayala semua benda karut tu. yg penting kuatkan psikologi anda.

    ReplyDelete
  5. hahha..1st day I mimpi di kencing anjing..siot betul...2nd day mimpi gigi atas n bawah (2 batang gigi) tercabut...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Saya pernah mimpi gigi geraham saya patah. Sakit gila. Seolah olah ada doktor gigi yang cabut gigi saya tanpa bius. Oleh kerana dek kesakitan tu, terus saya terjaga. Saya tak rujuk mana2 tentang tafsir mimpi tu kerana bagi saya mungkin mainan syaitan. Selepas lebih kurang sebulan, sepupu saya meninggal dunia. Kesimpulannya, kalau mimpi gigi anda patah tanpa rasa sakit, mungkin tiada apa2. Tetapi,kalau rasa sakit (ketika gigi anda dicabut)dan anda tak melihat diri anda dari arah depan, maka itu mungkin ada kebenarannya. Wallahua'lam. Yang pasti, ajal maut di tangan Allah swt.

    ReplyDelete
  7. saya alami bnda yang sama gak. boleh nak kata setiap hari dalam 2 minggu ni.Apa yang saya nak cakap, kita kuatkan keimanan kita kepada Allah. sbb setiap manusia akan merasai mati, yang itu bnda normal.Kita sendiri pun akan mati. yang penting amalan kita sudah cukup tuk dbawa ke tempat yg kekal itu.

    ReplyDelete
  8. sy baru saja mimpi gigi bawah sy patah semalam . bangun tido terus terkejut . ya allah , moga2 mimpi tu hnya sekadar mainan tido sje .

    ReplyDelete
  9. dah banyak tafsiran mimpi yang saya cari semuanya sama je... mudah2an tak ada apa2 yang berlaku... Amin

    ReplyDelete
  10. memeng taknak percaya sangat tentang mimpi ni,tapi walau macam mana pun tetap menghantui juga erti disebalik mimpi ini... mudah2an takde apa2 yang terjadi. Amin

    ReplyDelete
  11. risaunya...bangun pagi ni mmpi gg patah belah atas 6 btg....

    ReplyDelete
  12. today,sy pn lps mmpi psal gg ptah..psl 2 la sy trus cri web mksud mmpi 2..gerun seh pas bce..smua blog ckp bnda yg sma..nauzubillah..mnta d jauh kn..

    ReplyDelete
  13. sy baru mimpi gigi atas yg patah... lepas bangun , terus je cari tafsiran mimpi...

    ReplyDelete
  14. Emm semlm mpi ggi aku pth blh ats

    ReplyDelete
  15. mlm td baru mimpi gigi belah bawah patah. taknak percaya tp still risau sbb my sis otw nak datang amik sy kat asrama. i'm afraid something bad will happen to her. :(

    ReplyDelete