Search This Blog

Friday, November 8, 2013

Tawaran ke UniKL

Salam

Alhamdulillah, aku dah dapat tawaran ke unikl. Kenapa unikl?

"Kenaper UniKL? Kenape tak IPTS lain?"

Ader sebab nape aku pilih Unikl. Mungkin aku ni noob sket pasal IPTS, tapi itu la salah satu hobi aku search pasal IPTS and IPTA ni. Salah satu alasan kenape aku pilih UniKL ni adalah ianya dibawah pegangan MARA. So, aku agak percaya dengan prinsip MARA yang mahu menolong orang yang betul2 minat belajar dan melanjutkan pengajian mereka. Seboleh2nya MARA mahu bangsa melayu mempunyai ilmu dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Means bila dah habis belajar, mereka akan dapat pekerjaan dan mereka boleh apply apa yang dah dipelajari.

Yang menariknya aku dapat tahu, Unikl tahu bahawa IPTS memerlukan kos pembiayaan yang sangat tinggi. Untuk menaikkan semangat anak2 muda yang mahu melanjutkan pelajaran, mereka beri diskaun istimewa jika kita dapat mencapai 3.00 keatas dan 3.50 keatas. Aku bagi contoh. Aku dapat tawaran ke UniKL kursus Ijazah Perakaunan. Kursus ini memerlukan jumlah pembiayaan sebanyak RM52,000. Di akhir semester, kalau aku dapat pointer setinggi 3.00 keatas, aku cuma bayar sebanyak 10% sahaja iaitu RM52k x 10% = RM5,200. Jikalau ada kesilapan, harap beritahu sebab aku dah selalu sangat dengar tentang ni.

Sangat2 memberi semangat kepada belia yang mahu sambung study. Insya Allah, aku harap dapat la pointer sebanyak 3.5++ sebab kalau dapat pointer sebegitu, segala kos pembiayaan akan menjadi biasiswa atau erti kata lain MARA akan menanggungnya. Jadi, belajar lah bersungguh-sungguh demi masa depan diri, keluarga dan agama. Doakan aku dapat meneruskan pelajaran ke peringkat Ijazah Perakaunan dengan jayanya. Amin.

For the first time on year 2013

Salam,

Mak aih. Dah berkurun aku tak update blog ni. Tetiba je rasa nk update blog ni. By the way, semenjak aku dah rasa matang ni, (matang ker?) aku telah membuat beberapa pembaharuan sedikit kat blog aku ni, contohnye widget-widget yang pelik aku dah remove sebab aku rasa semak bila aku tengok. Haha, tengok la tajuk post ni. Mentang2 dah lama tak post, bila post pasal ni, feel dia dah macam orang baru bukak blog pulak. Hahaha, padahal tahun 2013 dah nak berlalu dah pun. Yapedaaa...

Secondly, aku dah remove banyak post yang aku rasa kebudak-budakan pulak.

"Sedar pun kau ye"

Aku remove pun sebab dah namanye aku nak buat pembaharuan. So, insya Allah kalau aku rajin update blog ni, aku akan post la memandangkan aku baru je habis study peringkat diploma. Alhamdulillah.

Okay la. Sampai disini je update untuk post kali ini.

Adios~